Sunday, August 21, 2011

maksud Assobiyah.


Apa Itu Assobiyah?

Buat perkongsian Ilmu mengenai Assobiyah~ 


Hadith tersebut adalah seperti berikut:حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا زياد بن الربيع اليحمدي عن عباد بن كثير الشامي عن امرأة منهم يقال لها فسيلة قالت سمعت أبي يقول سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه قال لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلمSeorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)


Maka, berdasarkan hadith ini, cintakan bangsa sendiri tidak salah kerana ianya sebahagian daripada fitrah manusia. Tetapi, melampau dalam mencintai bangsa sendiri adalah kesalahan, sebagaimana juga melampau dalam mencintai diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.Melampau dalam mencintai sesuatu dalam Islam adalah suatu yang tercela sebagaimana sikap ashobiyyah itu sendiri iaitulah: menolong bangsa sendiri dalam kezaliman. Maka, sikap membela kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana orang yang sebangsa dengan kita atas dasar “sebangsa” itulah pada hakikatnya suatu ashobiyyah yang dicela dalam Islam.Hakikatnya, membantu siapa sahaja ke arah kezaliman adalah suatu kecelaan, termasuklah membantu ahli keluarga sendiri dalam melakukan kezaliman.


Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:وهي معاونة الظالمMaksudnya: “Iaitu, membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)Namun, jika ianya berkaitan dengan cinta kepada bangsa sendiri dan menghargai kelebihan yang dimiliki oleh bangsa sendiri sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmatNya terhadap bangsa sendiri, maka ianya tidak tercela.


Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:حدثني علي بن حمشاد العدل ، أنبأ أبو مسلم إبراهيم بن عبد الله ، أن معقل بن مالك حدثهم قال :ثنا الهيثم بن حماد ، عن ثابت ، عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” حب العرب إيمان وبغضهم نفاق “.Ringkasannya:Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”


Imam Al-Hakim berkata:هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاهHadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menggalakkan mencintai golongan Anshar:-آية الإيمان حب الأنصار وآية النفاق بغض الأنصارMaksudnya: “Tanda keimanan adalah mencintai golongan Anshar dan tanda kemunafiqan adalah membenci golongan Anshar” (رواه البخاري(3783) ومسلم(75)Demikianlah Rasulullah s.a.w. sendiri menzahirkan kesyukuran dan kecintaan kepada bangsa Quraisy di samping mengakui kelebihan bangsa Quraisy.


ِAntara Hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bangsa Quraisy:-حدثنا عبد الله بن إدريس قال ثنا هاشم بن هاشم عن أبي جعفر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيار قريش خيار الناس ، وشرار قريش شرار الناس ،Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan) yang bermaksud: “Sebaik-baik dalam kalangan Bangsa Quraisy adalah sebaik-baik manusia dan seburuk-buruk dalam bangsa Quraisy adalah seburuk-buruk manusia…”


Hadith lain:-حدثنا وكيع قال ثنا الأعمش عن أبي سعيد عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الناس تبع لقريش في الخير والشر .Maksudnya:“Manusia mengikut Quraisy dalam baik dan buruk…”


Hadith seterusnya:-حدثنا وكيع عن سفيان عن ابن خيثم عن إسماعيل بن عبيد بن رفاعة عن أبيه عن جده قال : جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم قريشا فقال :، إن قريشا أهل صدق وأمانة ، .Maksudnya secara ringkas: “Rasulullah s.a.w. bersabda setelah menghimpunkan beberapa kaum Quraisy lalu berkata antaranya: “Sesungguhnya Bangsa Quraisy adalah ahli yang jujur dan amanah…”


حدثنا يزيد بن هارون عن ابن أبي ذئب عن الزهري عن طلحة بن عبد الله بن عوف عن عبد الرحمن بن الأزهر عن جبير بن مطعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن للقرشي مثل قوة رجلين من غير قريش ، قيل للزهري : ما عنى بذلك ؟ قال : في نبل الرأي .Secara ringkas terjemahannya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bagi bangsa Quraisy itu kekuatan dua lelaki dari kalangan bukan Quraisy:.


Imam Az-Zuhri ditanya tentang makna dua kali ganda kekuatan tersebut lalu beliau menjawab: “Dari sudut kecerdasan (kebijakan) dalam berpendapat (pemikiran)”.


Hadith lain menyebut:-حدثنا محمد بن عبد الله الأسدي عن ابن أبي ذئب عن جبير بن أبي صالح عن الزهري عن سعد بن أبي وقاص قال : إن رجلا قتل ، فقيل للنبي صلى الله عليه وسلم فقال : أبعده الله ، إنه كان يبغض قريشا .SA’ad bin Abi Waqas menceritakan bahawsanya ada seorang pemuda dibunuh lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah menjauhkannya… Sesungguhnya pemuda itu membenci Quraisy…” (rujuk sanad Hadith)


Begitu juga tentang keistimewaan bangsa Quraisy dalam kepimpinan (khilafah).Antara hadith tersebut adalahحديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” الناس تبع لقريش في هذا الشأن، ” متفق عليه.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia mengikut bangsa Quraisy dalam urusan ini (kepimpinan dan sebagainya)….” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.Hadith ini menceritakan tentang kelebihan bangsa Quraisy yang menjadi tauladan kepada bangsa-bangsa lain pada zaman Rasulullah s.a.w. tersebut.


Lihat apa komentar Imam An-Nawawi pada hadith ini:هذا الحديث وأشباهه دليل ظاهر على أن الخلافة مختصة بقريش، لا يجوز عقدها لأحد غيرهم، وعلى هذا انعقد الإجماع في زمن الصحابة، فكذلك من بعدهمMaksudnya:Hadith ini dan seumpamanya adalah dalil yang jelas bahawasanya khilafah (kepimpinan Islam) khusus untuk bangsa Quraisy. Tidak boleh orang lain (selain Quraisy) berpegang dengannya (kekhilafahan). Ia adalah ijmak pada zaman sahabat dan selepas zaman mereka. (Syarah Sahih Muslim)


Ia berdasarkan hadith-hadith lain tentang pengkhususan tersebut:Rasulullah s.a.w. bersabda:لايزال هذا الأمر في قريشMaksudnya: “Sentiasalah urusan ini (khilafah) pada bangsa Quraisy…” (Sahih Al-Bukhari)


Begitu juga sabda Nabi s.a.w. yang berbunyiالأمراء من قريشMaksudnya: “Kerajaan (kepimpinan) itu dari bangsa Quraisy…” (hadith riwayat At-Tabrani)Ini bukan bererti Rasulullah s.a.w. atau Imam An-Nawawi ashobiyyah tentang Bangsa Quraisy, tetapi menceritakan keistimewaan dan pengkhususan bangsa tersebut khususnya dalam bab khilafah.
Ini antara petunjuk yang menunjukkan prinsip Islam yang merai fitrah manusia yang mencintai sesama sendiri, dari kalangan ahli keluarga, bangsa dan tanah airnya sendiri. Selagimana ianya tidak melampau (iaitu membawa kepada kezaliman), maka ianya tidak tercela dalam Islam.